XIG Markets kini dikenali sebagai Xsocio Markets

546

 

Baru baru ini, broker forex dari Malaysia XIG Markets telah melakukan penjenamaan nama dan akan dikenali sebagai Xsocio Markets, di mana perubahan melibatkan pada  nama dan logo yang telah digunakan semenjak 2016.

Xsocio Markets akan kekal memberikan khidmat kepada para trader dengan platform MT4 dan juga program copytrading yang dinamakan Xsocio.

Penjenamaan baru ini pertama kali diumumkan pada program Financial Education di Putrajaya pada 16 September lalu, dan program tersebut  di anjurkan oleh En Qusyairi atau lebih dikenali sebagai  Hebi FX dan pihak broker XIG Markets.

 

Petikan dari CEO Xsocio Markets(Tuan Adi)  berkaitan penjenamaan broker XIG Markets.

“Assalamualaikum & Salam Sejahtera
=================================
Logo Baru! Misi Baru XSocio Markets!!
=================================
Seiring hasrat XIG dalam membangunkan Platform CopyTrade & Remisier System milik 100% anak tempatan.
(projek bermula Sep 2018 – Dis 2019)

Bermula hari ini, kita akan menggunakan jenama & logo baru menggantikan XIG untuk semua aktiviti kelak. Laman web & Client Wallet akan ditukar wajah baru secara berperingkat.

🖥Laman web www.xigmarkets.com akan ditukar kepada www.xsocio.com pada bila2 masa bermula hari ini & seterusnya.”

#XSocioMarkets
#YourWealthExpert

 

TINGGALKAN PESANAN