Wednesday, November 21, 2018
Laman Utama Ekonomi Dunia Berita Luar Negara Wang kertas, syiling emas edisi terhad Mandela

Wang kertas, syiling emas edisi terhad Mandela

20

Syiling emas edisi terhad yang dihasilkan.

PRETORIA – AFRIKA SELATAN. Wang kertas dan syiling emas edisi terhad sempena ulang tahun ke-100 memperingati hari kelahiran pejuang anti-aparteid, Nelson Mandela pada Rabu ini dilancarkan, semalam.

Bank Rizab Afrika Selatan memaklumkan wang kertas tersebut memaparkan kehidupan bekas presiden bermula di kawasan luar bandar di Eastern Cape dan perjuangan beliau dalam menuntut keamanan.

Sementara itu, pereka syiling emas itu, Sindiso Nyoni kelahiran Zimbabwe berkata, beliau berbesar hati terlibat dalam projek tersebut.

“Saya membesar dan hidup di bawah kepimpinan diktator. Kami tidak dapat merasa demokrasi seperti di Afrika Selatan,” ujarnya.

Difahamkan, wajah Mandela sememangnya telah dipaparkan pada kesemua wang kertas di negara itu.

Tokoh dunia itu meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 2013 – Reuters

TINGGALKAN PESANAN