Wallet untuk simpan Crypto

75

WALLET – TEMPAT SIMPANAN COIN YANG LEBIH SELAMAT

Bila kita beli coin tak kira dari mana-mana exchange. Kita selalunya akan simpan/tinggal kan saja coin tersebut di dalam exchange tersebut. Tetapi ia sebenarnya agak berisiko. Risko kemungkinan berlakunya:

1. Exchange platform tiba-tiba tutup.
2. Exchange platform kena hack. (Contoh kes terbesar MTGOX.)
3. Account anda kena hack.

Jadi cara mana kah yang paling selamat untuk anda simpan coin anda?

Cara yang paling selamat adalah dengan menympan coin anda di dalam computer anda sendiri. Setiap coin ada menyediakan wallet mereka sendiri (sila rujuk official laman web bagi coin yang anda beli).

Contoh wallet bagi coin bitcoin: https://bitcoin.org/en/choose-your-wallet .
Untuk pelbagai coin yang anda boleh simpan di dalam handphone, salah satu wallet yang terkenal ialah Coinomi(boleh download di Playstore)

Dan selalunya setiap coin akan ada menyediakan bermacam-macam versi wallet yg berbeza. Tetapi keutamaan selalunya user akan lebih memilih Desktop “Core” wallet aka QT wallet.(untuk wallet di handphone, pihak kami akan menyediakan infonya dalam masa terdekat.

Anda download sahaja desktop wallet tersebut. Kemudian install & transfer bitcoin dari exchange platform ke wallet anda. Buat backup dengan menghasilkan “wallet.dat” file. Dan simpan file yg bernama “wallet.dat” itu dimana-mana device yg anda rasa selamat. Buat backup dengan menyimpan “wallet.dat” didalam USB, Laptop/Computer, External SSD, etc. Tetapi pastikan anda set password didalam wallet itu terlebih dulu. Dengan meng-encrypt / kunci kan nya.

Sila tonton video dibawah sekurang-kurangnya 3x kali untuk lebih faham (bagi yang newbie).

Untuk coin bitcoin ada terlampau bayak jenis wallet termasuk hardware wallet contohnya Ledger Wallet. Boleh juga guna jika anda mempunyai simpanan coin bitcoin yang sangat banyak. Sebab utama bitcoin mempunyai berbgai-bagai jenis wallet kerana bitcoin sudahpun popular.

Majority coin baru, selalunya hanya ada 1- 5 jenis wallet sahaja. Jadi saranan saya pilih core wallet. Kalau tak ada core wallet, baru anda pilih wallet jenis lain.

Satu lagi, wallet yang wujud adalah “paper wallet”. Iaitu dengan menghasilkan QR code, anda boleh simpan sahaja coin anda dalam bentuk kertas. Panduan untuk menghasilkan paper wallet boleh rujuk video ini: https://www.youtube.com/watch?v=IwwsiuGPK84

P/S Jika anda guna dekstop wallet. Pastikan anda tidak sesekali hilang file “wallet.dat” . Kerana jika hilang bermaksud anda tidak akan mempunyai akses lagi ke coin tersebut.

P/S Jika anda mahu transfer wallet dari PC A ke PC B. Caranya mudah. Download desktop wallet di PC B & install. Kemudian pergi ke C:\Users\pc\AppData\Roaming\Bitcoin (atau type saja %appdata% di windows search and press enter). Replace file wallet.dat di PC B dengan file wallet.dat dari PC A.

P/S Jika anda encrypt (kunci) wallet anda. Pastikan anda mengingati password anda. Jika tidak, anda tidak akan mempunyai akses ke wallet anda lagi walaupun anda mempunyai file wallet.dat yang asal. Anda boleh akses sebenarnya, boleh nampak berapa jumlah coin ada dalam tu, tetapi tak boleh send coin keluar, sebab bila nak send coin keluar ia akan minta password anda. Jadi pastikan anda simpan file wallet.dat & ingat password anda.

P/S Pastikan PC, USB, External SSD, etc, yg anda guna untuk simpan backup file wallet anda (wallet.dat), adalah bersih dari sebarang virus

MELALUIkENZO
KONGSI BERSAMA
Artikel sebelumnyaInfo Crypto
Artikel seterusnyaElaun SL1M dinaikkan oleh PM
Forex Malaysia adalah platform penerbitan sosial menyediakan berita global dan tempatan mengenai forex dan ekonomi global

TINGGALKAN PESANAN