Venezuela lancar mata wang Petro

206

CARACAS – Venezuela, kelmarin melancarkan mata wang kripto dalam usaha untuk memintas sekatan ekonomi ketat yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Media tempatan melaporkan mata wang digital, Petro itu bertujuan meningkatkan ekonomi negara yang berdepan hiperinflasi dan penurunan nilai selama beberapa tahun.

Presiden Nicolas Maduro berkata, setiap token akan disokong oleh setong minyak mentah Venezuela.

Difahamkan, 100 juta Petro akan dijual dengan nilai awal ditetapkan pada AS$60 (RM234) seunit berdasarkan harga setong minyak mentah negara pada pertengahan bulan lalu.

Laman web rasmi yang menerbitkan panduan untuk membuka dompet maya itu bagaimanapun tidak memberi pautan untuk membeli mata wang Petro tersebut selain tiada maklumat mengenai bursa saham.

TINGGALKAN PESANAN