US hentikan hubungan dengan China?

338

Donald Trump ketika berkempen banyak menghentam China dan beliau berjanji akan menghentikan kerjasama US-China jika menang sebagai presiden.

Namun, ramai pemaju hartanah di US , yang berkumpul di Shanghai untuk majlis tahunan Real Deal menyatakan walaupun pelbagai kenyataan berapi dibuat leh Trump ketika berkempen, yang pastinya Trump sedar bahawa pelaburan dari China terutama dalam bidang hartanah adalah ssatu perkara yang amat penting.

” Dalam dunia realiti, Donald Trump adalah seorang yang pro kepada perniagaan dan tidak gemar dengan syarat syarat melampau.” memetik kata Ziel Fieldman dari HFZ Capital Group.

Don Peebles, ketua eksekutif dari Peebles Corporation, menjangkakan Trump akan memberikan perhatian lebih pada sektor pembangunan hartanah di US. Bandar seperti Miami dan New York berhadapan dengan isu pembangunan dan antara sebabnya kerana terdapat pelbagai syarat yang ketat untuk pembangunan hartanah. Berkemungkinan besar, Trump akan mengurangkan syarat syarat tersebut dan seterusnya menggalakkan pelaburan luar termasuk dari China dan negara negara lain.

Impak dari pemilihan Trump sebagai presiden terhadap hubungan dua hala terutama mebatkan pembangunan hartanah dan peaburan asing antara US-China di beri perhatian khusus pada sesi US Real Estate Showcase and Forum di Shanghai,China.

Moderator kepada sesi dialog tersebut ialah Stuart Elliot Ketua editor bagi pihak The Real Deal.

Manakala pemaju hartanah yang terlibat antaranya :

  • Shang Dai, CEO Kuafu Properties
  • Gil Dezer dari Dezer Development
  • Stan Gale dari Gale International
  • Ziel Fieldman dari HFZ Capital Group
  • Don Peebles, dari Peebles Corporation
  • Sharif El-Gamal dari Soho Properties

Dapat disimpulkan bahawa kesemua yang menyertai sesi dialog tersebut optimis bahawa hubungan dua hala terutama dalam bidang pembangunan dan pelaburan antara Amerika(US) dan China akan kekal berterusan selain ianya akan di tambah baik dan setuju bahawa keuntungan dan kelebihan berpanjangan akan diperoleh kedua dua negara. Mereka juga berpadangan, Trump sedar bahawa pelaburan dari China di US terutama dalam bidang hartanah amat diperlukan jadi sebagai seorang ahli perniagaan dan pemaju pembangunan, kata kata Trump ketika berkempen mungkin tidak akan dilaksanakan.

TINGGALKAN PESANAN