Trump langgar protokol diraja

70
AFP

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melanggar protokol diraja dengan mendedahkan perbincangan sulit dengan Ratu Elizabeth II yang katanya, berpendapat Brexit adalah masalah yang amat kompleks, menurut wawancara dengan media British.

Presiden yang sering melanggar aturan itu juga mencetuskan kemarahan, sebelum lawatan empat hari beliau ke Britain dengan mengkritik Perdana Menteri Theresa May, ketika beliau berdepan kesukaran mengendalikan isu Brexit.

Trump bertemu dengan Ratu di Istana Windsor, pada Jumaat lalu dan kemudian memaklumkan kepada pengacara televisyen, Piers Morgan bahawa mereka membincangkan kontroversi United Kingdom (UK) keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

“Beliau menyatakan ia adalah masalah yang amat kompleks dan beliau betul mengenainya. Saya merasakan tiada siapa tahu betapa ia akan menjadi lebih sukar selepas ini. Semua beranggapan ia akan menjadi mudah,” katanya dalam wawancara yang diterbitkan dalam akhbar Mail, hari ini.

Trump berkata, beliau juga memberitahu May bahawa UK perlu terpisah dari EU bagi membolehkannya memeterai perjanjian perdagangan komprehensif dengan AS.

Walaupun mempunyai beberapa pertikaian diplomatik dengan Trump, May berharap untuk mencapai perjanjian perdagangan pantas dengan AS, selepas keluar daripada EU.

“Saya maklumkan kepada May bahawa kamu perlu diasingkan daripada EU untuk mempunyai hak berurusan dengan AS,” kata Trump dalam wawancara itu.

Trump turut mengulangi dakwaannya bahawa beliau sudah memberikan ‘pilihan’ kepada UK untuk mendapat kelebihan rundingan Brexit dengan EU tanpa mendedahkan apakah pilihan itu.

TINGGALKAN PESANAN