Trader Dukascopy kini boleh menggunakan MT4

42

Gambar dari Leprate

 

Dukascopy yang merupakan sebuah bank dan entiti yang menawarkan perkhidmatan trading forex berasal dari Geneva telah melancarkan perkhidmatan trading menggunakan MT4 yang mendapat akses terus ke pasaran SWFX Swiss.

Trader Dukascopy kini boleh melakukan trading menggunakan MT4 di  mobil atau pc yang menawarkan 41 pilihan matawang termasuk emas. Pihak Dukascopy akan membuat penambahan pair dari masa ke semasa.

Biarpun melakukan penambahan MT4, trader sedia ada masih boleh melakukan trading di platform JFOREX3 yang menawarkan lebih dari 500 pilihan untuk melakukan trading termasuk, metal, forex, CFD, stok, bon dan komoditi

Penambahan untuk penggunaan MT4 bagi kegunaan Dukascopy Eropah, Dukascopy Jepun dan rakan kongsi White Label sedang dijalankan.

 

TINGGALKAN PESANAN