Tindakan tindakan terkini Trump melemahkan nilai matawang dolar US

310
Nilai matawang dolar US melemah

Majoriti matawang Asia meningkat nilai berbanding dolar US pagi ini dengan sentimen kerisauan  atas dasar keras Trump berkenaan sekatan kemasukan pendatang ke Amerika.

Nilai Thai baht meningkat pada paras tertinggi sejak 10 November lepas pada kadar 35.16 berbanding dolar US, manakala peso Filipina dan dolar SIngapura juga mencatatkan kenaikan 0.1% berbading dolar US.

Nilai yuan China dan dolar Taiwan kekal.

Dengan arahan eksekutif Trump berkenaan sekatan pada pelarian dan juga sekatan pada pengunjung dari 7 Negara Islam, ianya mendatangkan kerisauan pada pelabur dan memberi tekanan langsung pada matawang serta keadaan ekonomi Amerika secara keseluruhan.

Jika di nilai langkah langkah yang diambil Trump, pihak pelabur membuat jualan dolar US kerana beranggapan Trump lebih mementingkan kawalan dagangan AMerika berbending pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan dan,ada pelabur memberi pendapat membuat pelaburan pada matawang dolar US bukanlah tindakan terbaik pada masa ini.

Berita berita ekonomi Amerika yang akan datang akan memberi gambaran lebih jelas pada para pelabur untuk menentukan tindakan pelaburan mereka seterusnya termasuklah dalam pelaburan melibatkan matawang US.

TINGGALKAN PESANAN