Tickmill menyasarkan pertumbuhan peratusan dagangan di Malaysia

138

Setelah menambah pilihan untuk laman web Vietnam dan Portugis, Tickmill kini telah menyiapkan laman web berbahasa Malaysia sepenuhnya dalam misi menambah peratusan pendaftaran baru dan volum dagangan oleh pedagang Malaysia.

Tickmil merupakan sebuah broker yang mempunyai lesen FCA dan lesen dari Seychelles ingin memastikan semua info dan kelebihan tawaran yang mereka sediakan dapat difahami sepenuhnya oleh pedagang tempatan terutama setelah pihak Tickmill menerima sambutan yang agak baik di Malaysia setelah beberapa tahun beroperasi tanpa promosi besar besaran.

 

Kenyataan dari pihak Tickmill secara jelas faham bahawa, servis dan produk yang bagus tidak cukup jika ianya tidak dapat ditunjukkan dan disampaikan dalam bahasa tempatan. Dan inilah usaha berterusan yang akan pihak Tickmill lakukan untuk semua negara yang mereka jalankan operasi.

Kini pedagang Tickmill dari Malaysia akan lebih mudah memahami produk dan khidmat yang disediakan oleh pihak Tickmill termasuk kemudahan aplikasi dalam talian yang mesra pengguna menggunakan telefon bimbit atau tablet.

TINGGALKAN PESANAN