TEKNIK FOREX CSR100

57

Jom kita pelajari terms atau istilah-istilah yang akan selalu di gunakan pada TEKNIK CSR100
 

 

  • TREND – rasanya semua orang tahu kot
  • UPTREND – a series of rising peaks and troughs (L, H, HL, HH dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menaik)
  • L – Low, H – High, HL – Higher Low, HH – Higher High
  • DOWNTREND – a series of descending peaks and troughs (H, L, LH, LL dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menurun)
  • H – High, L – Low, LH -Lower High, LL – Lower Low
  • SUPPORT – terjadi apabila price/market dari atas ke bawah gagal melepasi satu garisan / zone dan patah balik ke atas. “Any part at which the market stopped going down and turned up”
  • RESISTANCE – terjadi apabila price / market dari bawah ke atas gagal melepasi satu garisan / zone dan patah balik ke bawah. “Any part at which the market stopped going up and turned down”
  • ROLE REVERSAL – “Support atau Resistance” telah bertukar fungsi, SBR dan RBS
  • SBR  – SUPPORT BECOME RESISTANCE
  • RBS – RESISTANCE BECOME SUPPORT
  • BREAKOUT – Price berjaya melepasi Support atau Resistance dan selalunya adalah point/garisan/zone di mana berlakunya pertukaran fungsi “Support n Resistance”
Lagi Chart untuk memahami dan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang istilah2 yang di guna pakai.
Trend – Down Trend

Istilah2 penting yang perlu di ambil perhatian disini, S n R, Breakout, SBR , H – L – LH – LL – LH – LL dan seterusnya.Perhatikan dimana kedudukan SBR dan bagaimana ianya di lukis secara manual.
sale setup

Teknik ini tidak menggalakan untuk kita trade apabila berlakunya breakout,tetapi menggunakan breakout untuk menandakan berlakunya fenomena role reversal.Untuk meng confirmkan sesuatu SBR biasanya saya menunggu sekurang2nya price tidak melepasi SBR sebanyak dua kali (1st Retest, 2nd Retest ataupun 3rd Retest). Close Candle dibawah SBR juga boleh membantu.

 

3 perkara penting yang sentiasa perlu di ingat dan di patuhi bila TRADING

 

  1. TRADE WITH THE TREND – Trend is your friend, jadikan trend sebagai girlfriend anda.Jangan sekali-kali melawan trend (pantang larang utama trading ni). Lebih mudah untuk untung jika anda “Trade with the Trend” di bandingkan dengan “Trade melawan Trend”. UPTREND = BUY AJA. DOWNTREND = SELL AJA, Simple kan.
  2.  BUY AT SUPPORT – Buyers enter the market at Support and take control from the sellers. Maksudnya enter Trade BUY hanya di Support sahaja. Simple kan . Kalau BUY di Resistance kira cari nahaslah. Lu fikirlah sendiri.
  3. SELL AT RESISTANCE – Sellers enter the market at Resistance and take control from the buyers. Maksudnya enter TRADE SELL hanya di Resistance sahaja. Simple kan. Kalau SELL di Support kira cara bala lah. Lu fikirlah sendiri.

Cara atau Rules untuk trade gunakan TEKNIK CSR100

 

Kenal pasti Arah Trend – Setiap TF mempunyai trend sendiri, pastikan kita trade with the trend dengan higher TF.Trading with trend on one tf higher akan memberikan keputusan yang baik, manakala 2 atau lebih sama trend dgn higher TF akan memberikan pulangan yang lumayan.

 

 
  • Jika anda trading di TF 4 HR, gunakan TF Daily/Weekly untuk melihat trend
  • Jika anda trading di Tf 1 HR, gunakan TF 4 HR/Daily untuk melihat trend
  • Jika anda trading di TF 15m, gunakn TF 1 HR/4 Hr untuk melihat trend

ENTER POSTION, TARGET PROFIT DAN STOP LOSS

DOWNTREND (SELL AJA)
  • ENTER POST Selepas fenomena SBR terjadi biasanya price akan Retest bebarapa kali ke garisan SBR. (1st RETEST, 2nd RETEST atau 3RD rd RETEST). Jika price masih gagal melepasi SBR setelah bebarapa kali RETEST , ini menunjukkan SBR itu cukup kuat dan seterusnya meng “confirmkan” itu SBR yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd RETEST untuk enter post. Rujuk Chart untuk gambaran yang lebih jelas.
  • TP Lowest point selepas Breakout (Support). Anda boleh hold post kerana kemungkinan untuk price break support adalah tinggi di sebabkan kita trade with the trend. Rujuk Chart untuk kedudukan TP (biasanya TP adalah di support yang sudah di kenal pasti)
  • SL Beberapa pips diatas SBR.(ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah anda sangup rugi?
UNTUK UPTREND ADALAH SEBALIKNYA
 

 

TINGGALKAN PESANAN