Tuesday, November 20, 2018
Laman Utama Berita Lokal SST ambil kira golongan B40

SST ambil kira golongan B40

63

Subromaniam

KELANA JAYA – Cadangan pelaksanan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal bermula 1 September ini akan turut mengambil kira golongan B40.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai perkara itu memandangkan ia akan dibahaskan dalam sidang Parlimen nanti.

Katanya, kadar cukai jualan yang dicadangkan untuk barang-barang melibatkan tiga kategori, iaitu sifar, lima dan 10 peratus, manakala cukai perkhidmatan pula enam peratus.

Buat masa ini, katanya, pihaknya akan memuat naik senarai barangan yang dikenakan cukai SST kadar sifar menerusi portal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sedia ada hari ini, manakala bagi barang dengan kadar SST lima serta 10 peratus pula akan ditentukan minggu depan.

“Untuk sementara waktu ini, kita ada portal GST/SST kerana ia masih dalam proses peralihan dan bahagian GST nanti akan diganti dengan SST 1 Ogos ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sesi Taklimat Penerangan Pelaksaan SST kepada Industri, pagi ini.

TINGGALKAN PESANAN