Siapa Jared Kushner sebenarnya?

277

Jared Coerey Kushner (lahir pada 10jan 1981)adalah seorang peniaga , pelabur dan aktif dalam politik Amerika. Jared merupakan pemilik kenapa syarikat hartanah dan pembangunan ( Kushner Properties) dan pemilik Observer Media

ivanka-trump-and-jared-kushnerJared berkahwin dengan Ivanka Trump, anak kepada Presiden baru Amerika. Dan menjadi penasihat senior dalam kempen pemilihan presiden bagi Donald Trump.

Pada umur 26 tahun, Jared telah membeli sebuah bangunan hartanah yang merupakan pembelian termahal dalam sejarah Amerika pada 2011.

Kushner datang dari keluarga Jewish ortodhox di New Jersey dan masuk ke Harvard pada 2003 dalam bidang sociologi. Seorang journalist, Daniel Gordon menyatakan Kushner mampu masuk ke Harvard walaupun bukan lah seorang yg bijak pandai setelah bapanya memberikan DERMA sebanyak 2.5 million USD kepada Harvard. Dan sejak dari Harvard lagi Kushner sudah mula terlibat dalam bidang jual beli hartanah .

Selepas habis mendapatkan MBA di New York University pada tahun 2007, Kushner bekerja sebagai apprentis di Manhattan District Attorney milik Robert Morgenthau’s. Juga diberitakan bahawa bapa Kushner memberikan derma kepada Universiti tersebut bagi membolehkan Kushner layak.

Antara pencapaian Kushner

  • Pada umur 25, Kushner membeli New York Observer, akhbar mingguan di New York, pada harga $10 million. Dan inilah permulaan strategik Kushner dalam bidang online.
  • Membeli 666 Fifth Avenue in 2007 pada harga $1.8 billion, merupakan pembelian termahal di US ketika itu.
  • August 18, 2014, Kushner memeperoleh bangunan tiga tingkat di Middle River, Maryland pada harga $37.9 million bekerjasama dengan Aion Partners.
  • 2013–14, Kushner dan syarikatnya telah membeli lebih dari 11,000 units bangunan meliputi New York, New Jersey dan Baltimore.
  • May 2015, dia membeli 50.1% saham Times Square Building daripada Africa Israel Investments Ltd. Dengan harga $295 million.

Untuk kempen politik Trump, Kushner mengilhamkan projek Alamo dimana ia mengumpulkan 100 orang berbakat besar dalam bidang pengiklanan melalui media social dan ianya terbukti dapat membantu Trump mendapatkan lebih sokongan. Dan dipercayai pengaruh Kushner membolehkan Mike Pence terpilih sebagai Naib Presiden.

Kushner juga mendapat keistimewaan apabila Trump mengarahkan suapaya Kushner diberikan akses penting untuk menghadiri sesi pencerahan kepada Presiden yang di sertai oleh pemimpin2 atasan pelbagai bidang dalam Negara seperti General Mike Flynn.

Washington Post melaporkan bahawa Kushner merupakan mastermind disebalik pemecatan Gabenor New Jersey yang merupakan ketua kepada kempen Trump sebelum ini, malah dalam pasukan Trump, semua yang rapat dengan Christie juga dipecat.

Ini berlaku kerana dedam Kushner terhadap Gabenor New York itu yang pernah memenjarakan bapa Kushner selama setahun atas kesalahan lari dari cukai, dan mengancam saksi
Ivanka dan Kushner berkahwin pada 2009 dan mempunyai 3 orang anak.

TINGGALKAN PESANAN