Saudi sedia melabur USD 200 bilion untuk projek solar

39

 

Sumber dari pegawai kerajaan Saudi menyatakan kerjasama diantara Arab Saudi dan Softbank Group Corp untuk membina projek kuasa bersumberkan solar terbesar di dunia. Dan pihak Arab Saudi sedia melabur USD 200 Bilion untuk projek ini direalisasikan.

Ketika ini masih belum ada pihak yang terlibat namun kerajaan Arab Saudi sememangnya sedang merangka strategi baru untuk penjanaan tenaga bolehubah yang akan diumumkan lewat bulan ini.

SoftBank Group
9984.T

Ketua Eksekutif SoftBank, Masayoshi Son telah mengumumkan pada March tentang pelaburan dalam membina projek solar terbesar di Arab Saudi, dan ianya mampu menjana kuasa mencecah 200 gigawatts menjelang 2030.

 

TINGGALKAN PESANAN