Salah satu negeri di US terima Bitcoin untuk pembayaran cukai

11

Harga Bitcoin dalam keadaan menurun sekarang, namun penggunakan aplikasi yang menerima transaksi Bitcoin nampaknya terus meningkat, ini termasuklah tindakan salah satu negeri di US iaitu Ohio yang telah membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan Bitcoin bagi pembayaran 23 jenis cukai(tax). Portal istimewa telah disediakan oleh kerajaan negeri Ohio da ianya dijangka boleh digunakan dalam minggu ini juga.
Ini merupakang langkah bersejarah memandangkan tiada negeri lain di US yang menerima apa jua jenis matawang crypto untuk membayar tax atau untuk apa jua tujuan.
Portal pembayaran ini yang dinamakan Ohiocrypto.com akan digunakan untuk pembayaran tax. Bendahari Ohio, Josh Mandel telah menyatakan bahawa pihak yang berminat untuk menggunakan cara baru bagi membayar tax tidak perlu mempunyai pejabat di daerah Ohio.

Antara barangan yang dibolehkan untuk pembayaran melalui Bitcoin ialah tax rokok, tax suratjanji minyak antarabangsa, pengagihan gas, apa jua aktiviti petroleum, tax awam, dan pelbagai lagi.

Pihak Ohio bersetuju bahawa penggunaan matawang crypto memudahkan ramai pihak dan mereka akan pertimbangkan untuk menerima matawang crypto yang berlainan bagi tujuan pembayaran tax dan lain lain perbelanjaan di masa mendatang.

TINGGALKAN PESANAN