Saham IG Group menjunam selepas CEO letak Jawatan

60

 

Setelah pengumuman dari IG Group berkenaan perletakan jawatan CEO mereka iaitu Peter Hetherington khamis lalu, nilai saham IG Group membuat trend menurun dan kini ianya mencatatkan  13% lebih rendah.

Perletakan jawatan Peter Hetherington yang telah berkhidmat selama 24 tahun di IG Group telah menimbulkan kegusaran pedagang pasaran saham dan ini nampak jelas apabila harga 955 pence per saham IG Group menurun kepada 640 pence, menampakkan kerugian ketara sejak 2 minggu lepas.

Pihak IG Group mengalami kemerosotan sejak ESMA yang menjadi pemantau lesen di Eropah memperketatkan kawalselia untuk leveraj bagi dagangan Forex, CFD, komoditi dan lain lain.

 

TINGGALKAN PESANAN