Sah! Trump batalkan perjanjian TPPA

227

Donald Trump telah mula mengotakan janji janji kempennya setelah memulakan tugas sebagai Presiden Amerika pada 20 Januari 2017, ini termasuklah membatalkan perjanjian TPP yang dimeterai ketika pentadbiran Obama. 

Perjanjian ini dibuat pada pentadbiran Barrack Obama dan melibatkan banyak negara dan melibatkan juga hubungan perdagangan Malaysia-Amerika dibawah perjanjian TPPA yang juga melibatkan  negara-negara lain di Asia.

Trump berulangkali menyatakan ketika berkempen dimana beliau akan membatalkan perjanjian TPP yang dilihat tidak menguntungkan Amerika dan kebajikan rakyatnya jika menang pemilihan pada pemilihan presiden.

Ketika TPP dimeterai, ianya masih belum mendapat kelulusan dari pihak Kongres, jadi pembatalan ini tidak akan mendatangkan kesan ketara pada polisi ekonomi Amerika itu sendiri. Dapat dilihat, tindakan Trump ini juga menunjukan arah jelas bahawa pentadbiran Amerika yang di ketuai beliau akan ada perbezaan ketara dari segi perdagangan dan polisi luar.

Gambar hak milik wired.com

TINGGALKAN PESANAN