Thursday, May 28, 2020
Laman Utama Berita Lokal RM115 juta untuk pengembangan digital

RM115 juta untuk pengembangan digital

251

  (Ubah saiz teks)

HONG Leong Bank Bhd memperuntukkan RM115 juta atau 50 peratus daripada perbelanjaan modalnya untuk menambah baik penawaran bank itu di platform digital dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Domenic Fuda berkata, peruntukan besar itu adalah selari dengan penggunaan meluas platform digitalnya oleh pelanggan.

“Kami juga menjangka pertumbuhan kukuh berterusan dalam transaksi perbankan memandangkan kami meningkatkan tawaran produk dan perkhidmatan kami di platform digital,” katanya selepas melancarkan kempen Digital Day 2018 Hong Leong Bank, di Kuala Lumpur.

Bank itu memperuntukkan perbelanjaan modal RM30 juta untuk menukarkan 50 daripada 250 cawangan sedia adanya ke format digital baharu dalam tahun kewangan semasa yang akan membawa penjimatan kos operasi.

“Format baharu ini akan menyediakan lebih banyak ruang bagi kawasan khidmat pelanggan,” katanya.

TINGGALKAN PESANAN