Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 29 Jun 2018

36

No Ruj : 07/18/01 06 Jul 2018  : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Jumaat 06 Julai 2018

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD104.7 bilion pada 29 Jun 2018. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai US dolar berbanding pelbagai aset rizab mata wang asing yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

TINGGALKAN PESANAN