Rizab antarabangsa Bank Negara bulan September

33

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD103.9 bilion pada 14 September 2018. Paras rizab yang lebih rendah ini mencerminkan sebahagian besarnya aliran keluar dana portfolio, seperti yang berlaku di rantau ini. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Sebahagian besar hutang luar negeri jangka pendek merupakan hutang institusi perbankan (69.3% daripada hutang luar negeri jangka pendek), yang mencerminkan pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan kehadiran banyak bank asing di Malaysia. Institusi ini memegang aset luaran yang besar (RM293 bilion), yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi hutang mereka, tanpa memerlukan tuntutan ke atas rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia.

TINGGALKAN PESANAN