Ringgit(MYR) stabil namun tekanan kekal berterusan!

218

KUALA LUMPUR: Ringgit stabil pada 4.33 berbanding dolar AS semalam berikutan penurunan mendadak pada Jumaat lepas, tetapi penganalisis menjangkakan ringgit akan kekal stabil seketika walaupun terus berada dalam risiko menurun.

“Tekanan ke atas telah berkurangan, tetapi kebimbangan saya adalah bahawa kadar luar pesisir masih lebih tinggi daripada kadar dalam negeri,” kata pakar strategi matawang Dr Suresh Ramanathan.

“Ia masih belum dapat dilihat sama ada trend ini akan berterusan”

Jumaat lepas, kadar ringgit luar pesisir telah melonjak setinggi 4.57 berbanding dolar AS ketika kebimbangan penghantaran balik modal ke Amerika Syarikat. Sentimen lemah di pasaran Asia diikuti kemenangan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump, yang disukai kerana dasar dasar ekonomi yang bersifat melindungi Amerika.

graph-myr-01Menurut Kaladher Govindan, ketua penyelidikan di TA Securities, ringgit mungkin mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk betul betul stabil memandangkan Trump akan mengangkat sumpah pada 20 jan.

Maybank’s foreign exchange (forex) mengunjurkan pengukuhan dolar AS dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang memandangkan dolar yang masih merupakan mata wang utama untuk pembayaran global (40%) dan pegangan rizab (63%).

Selain ringgit(MYR) dan rupiah(IDR), peso Filipina juga telah jatuh ke tahap terendah berikutan kemenangan Trump.

TINGGALKAN PESANAN