Ringgit Malaysia dalam keadaan tidak tentu?

287

Berita yang menunjukkan situasi ini melibatkan bank tempatan dan bank luar negara.

The Edge Daily menyiarkan berita mengenai BNM dan polisi terhadap pasaran NDF dan dari sumber mereka juga ada menyatakan BNM meminta beberapa bank tempatan untuk memastikan dagangan nilai ringgit tidak melebihi harga semalamnya.

Manakala pihak Reuters pula semalam menerbitkan berita yang menyentuh mengenai arahan BNM supaya pihak bank luar negara menghentikan dagangan ringgit.

Juga penafian dari pihak BNM berkaitan berita dari Reuters:

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji untuk bersikap lebih fleksibel dalam perdagangan dalam negeri “dengan kawalan” walaupun ianya berisiko kerana akan melibatkan aktiviti spekulasi yang boleh menjejaskan kestabilan ringgit.

“Bank-bank pusat berkongsi pandangan yang sama bahawa Pasaran NDF ini boleh menjejaskan kestabilan pasaran dalam negeri. Ia merupakan kontrak derivatif dan kontrak derivatif lebih cenderung kepada aktiviti spekulasi berbanding spot market dalam negara.

Ada kalanya kita boleh nampak pasaran turun naik dengan terlalu banyak pasaran NDF, “kata Penolong Gabenor BNM Adnan Zaylani Mohamad Zahid kepada pemberita pada taklimat petang semalam, merujuk kepada negara dengan mata wang bukan dagangan utama dunia seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan , India dan China.

Syarat pentadbiran wang asing kekal tidak berubah, Adnan berkata Bank Negara kini mahu bank-bank asing yang terlibat dalan pasaran perdagangan matawang (forex) untuk “isytihar bahawa mereka tidak dan tidak akan terlibat dalam urus niaga yang berkaitan dengan NDF” .

Adnan berkata Bank Negara mengambil tindakan kerana ketidakjelasan pasaran NDF di mana pelabur “cenderung untuk melihat ringgit jatuh”.

“[Pasaran NDF] mempunyai pengaruh yang kuat di pasaran kami, kami (Bank Negara) tidak dapat memantau apa yang berlaku dalam pasaran tersebut dan ianya merupakan satu keadaan yang tidak boleh lagi diterima., “kata Adnan.

Jumaat lepas, sumber kepada The Edge memberitahu bahawa terdapat beberapa bank tempatan menerima panggilan dari Bank Negara supaya menetapkan kadar ringgit tidak melebihi kadar ringgit pada semalamnya.

Walaupun bank-bank diminta supaya tidak dipengaruhi dengan nilai semasa pasaran NDF itu, namun Adnan berkata mereka bebas untuk menetapkan kadar mereka sendiri untuk pasaran dalam negeri.

BNM juga mahu aktiviti perdagangan yang bersifat melindungi matawang dilakukan secara terus di Malaysia dan bukan di pasaran NDF itu.

TINGGALKAN PESANAN