Ringgit kekal dalam tekanan berterusan

88

Tindakan Bank Negara Malaysia mengetatkan kawalan untuk perdagangan ringgit di pasaran NDF dengan tujuan untuk membendung aktiviti spekulasi di pasaran luar negara tidak menampakkan kesan, boleh dilihat harga ringgit mencatatkan penurunan 1.73% berbanding dolar US sepanjang minggu lepas. Hari ini rekod baru menunjukkan harga RM 4.42 berbanding 1 USD.

Dengan polisi polisi yang di war warkan Oleh Donald Trump dan setelah menang pemilihan presiden, berlakunya penarikan aliran modal berskala besar dari segi pelaburan dan perdagangan di pasaran negara negara membangun , seterusnya mengakibatkan perubahan bersifat global dalam perdagangan matawang, ini mengakibatkan Bank Negara kurang berupaya mengawal tekanan berterusan ke atas ringgit.

Gabenor Bank Negara yang baru , Datuk Muhammad Ibrahim dilihat lebih agresif dalam menumpukan kepada sektor sektor kecil yang mempengaruhi ekonomi berbanding Tan Sri Zeti Akhtar. Dimana, Zeti lebih fokus kepada faktor ekonomi negara secara keseluruhan. Gabenor Bank Negara yang baru mempunyai pengalaman dalam bidang perbendaharaan kewangan negara serta pasaran forex dan ianya di uruskan dengan peunuh tumpuan dalam satu satu isu.

Pendekatan ini dilihat tidak mendatangkan manfaat pada Malaysia memandangkan pelabur luar mahukan pasaran bebas yang tidak di bebani dengan pelbagai syarat.

Jika nilai ringgit berterusan jatuh, aktiviti spekulasi melampau akan berlaku dan jika ianya melepasi harga 4.40 sebelum ini, akan memungkinkan berlaku spekulasi berterusan. Dan ini yang sedang di beri tumpuan penuh oleh Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru.

Jameel Ahmad Naib Presiden (Market Research) FXTM menyatakan, sukar untuk menentukan aras ringgit berbanding dolar US kerana tekanan berterusan bukan sahaja kepada ringgit tetapi ke atas hampir semua matawang negara lain berikutan permintaan mendadak terhadap dolar US.

Para pelabur kini membeli dolar US di saat kenaikan kadar faedah yang seakan akan menjadi kenyataan dan ianya hanya menunggu pengumuman rasmi dari Bank Pusat US.

TINGGALKAN PESANAN