Wednesday, November 21, 2018
Laman Utama Berita Lokal Ringgit dijangka mengukuh kepada 4.0 pada minggu depan

Ringgit dijangka mengukuh kepada 4.0 pada minggu depan

75

ringgit

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka mengukuh kepada paras 4.0 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan disebabkan harga minyak yang semakin baik, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd., Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan.

Beliau berkata, sekiranya harga minyak terus meningkat bukan sahaja ringgit malah mata wang lain akan turut mendapat lonjakan berikutan kedudukan minyak sebagai salah satu daripada sumber utama pendapatan negara.

Hong Leong Investment Bank Bhd. (HLIB) juga menjangkakan ringgit mungkin mengukuh sedikit berbanding dolar AS dengan kemungkinan pertikaian dagangan (AS-China) yang semakin reda dapat memulihkan selera pelabur terhadap risiko.

“Secara teknikal, AS$-MYR akan terus menunjukkan kelemahan selepas gagal melepasi paras 4.0515 minggu ini.

“Berikutan itu, kami kekal berpendapat bahawa sebarang penyusutan berbanding kenaikan berturut-turut sebelum ini, masih ada dan berpotensi susut ke paras 4.0047 selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

HLIB juga menjangkakan dolar AS berkemungkinan susut minggu depan susulan perang perdagangan yang semakin lemah manakala kekurangan data utama AS mungkin tidak mencukupi bagi menarik minat belian.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS kepada 4.0500/0530 berbanding 4.0380/0420.

Ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/9651 daripada  2.9672/9712 Jumaat lepas dan menokok berbanding yen kepada 3.6006/6043 daripada 3.6497/6536 sebelumnya.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3189/3236 daripada 5.3419/3476 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7122/7161 daripada 4.7277/7340. – Bernama

MELALUIKosmo
KONGSI BERSAMA
Artikel sebelumnyaNawaz Sharif ditahan di Lahore
Artikel seterusnyaSST ambil kira golongan B40
Forex Malaysia adalah platform penerbitan sosial menyediakan berita global dan tempatan mengenai forex dan ekonomi global

TINGGALKAN PESANAN