Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

249

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila pelabur beralih kepada mata wang yang lebih berisiko ketika sentimen negatif ke atas ekuiti global.

Pada 9 pagi, ringgit mencatatkan 3.9060/9090 berbanding dolar daripada 3.9020/9060 pada penutupan Selasa.

Ketua Pedagang OANDA Corp Asia Pasifik, Stephen Innes berkata mata wang lebih berisiko didagangkan pada asas yang lemah ekoran dolar yang mengukuh serta sentimen negatif ke atas ekuiti global.

“Oleh itu, kita tidak boleh mengetepikan pulangan hasil AS yang lebih tinggi yang menjadi pemacu minggu ini. Pakej kebetulan ini bagaimanapun tidak menyediakan persekitaran yang sangat kondusif untuk risiko serantau,” katanya.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9609/9634 daripada 2.9574/9616 pada Selasa, namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6315/6346 daripada 3.6399/6447 semalam.

Ringgit menyusut berbanding pound British kepada 5.4668/4722 daripada 5.4632/4707 dan merosot berbanding euro kepada 4.8181/8229 daripada 4.8158/8223.

MELALUIBernama
KONGSI BERSAMA
Artikel sebelumnyaTip Berniaga Online
Artikel seterusnyaKashmir bergolak lagi
Crypto dan forex

TINGGALKAN PESANAN