Rakuten lancarkan platform untuk trading Krypto

102

Bagi yang masih skeptikal tentang matawang krypto, berita ini sepatutnya membuka mata anda.

Rakuten ni boleh disamakan dengan Amazon dalam bidang e commerce, malah mereka juga terlibat dalam bidang trading sekuriti,khidmat perbankan, forex, media, komunikasi dan pelbagai lagi.

Minat Rakuten dalam dagangan krypto ini telah bermula sejak beberapa tahun lepas dan mereka kini nampaknya telah bersedia untuk menambahkan lagi cabang bisnes mereka.

Namun, proses buka akaun tidak mudah, perlu pelbagai dokumen pengenalan diri dan juga soalan soalan berkaitan yang perlu di jawab.

Untuk pedagang awam iaitu manusia biasa, bulan Jun merupakan jangkaan anda boleh mendaftar di Rakuten untuk memulakan trading krypto ini.

Ini kerana mereka mahu memastikan lesen yang mereka dapat dari Badan Pemantau Jepun bagi menjalankan dagangan matawang krypto ini selari berjalan lancar apabila menerima pendaftaran dari orang awam tanpa apa apa isu yang akan menjejaskan nama Rakuten itu sendiri.

Seperti biasa, krypto ni bukan beshe beshe dan ada khabar angin yang menyatakan langkah Rakuten ini memungkinkan Bitcoin akan kembali menuju puncak.

TINGGALKAN PESANAN