Protes terhadap Trump dari kumpulan wanita bagi memastikan hak para wanita terbela

224
woman-march-trump

Lebih daripada satu juta wanita di seluruh dunia berarak sebagai tanda protes  terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Mirror.co.uk.

Berdasarkan artikel sinarharian ini juga, di Washington, beratus-ratus ribu hadir untuk mempertahankan kesaksamaan jantina, penjagaan kesihatan wanita dan isu-isu lain yang dilihat tidak akan mendapat perhatian  di bawah pemerintahan Trump.

Sementara itu, antara kawasan lain terlibat perarakan protes ini adalah New York, Los Angeles, Seattle, Denver, Boston, Philadelphia dan Austin.

Sebelum itu, di London juga turut menyaksikan beratus ribu orang berkumpul di  Trosvenor Square dan berarak hingga ke Trafalgar Square untuk menunjukkan perpaduan mereka melawan presiden itu.

Demonstrasi tersebut bermula  di Belfast, Cardiff, Lancaster, Leeds, Liverpool, Manchaster, Shipley dan Edinburgh.

Perarakan tersebut turut menyaksikan kehadiran beberapa selebriti terkenal seperti Scarlett Johansson, Emma Watson dan Emma Thompson.

Kempen Trump sebelum ini turut dicemari dengan komen seksis beliau mengenai kaum wanita serta isu  video beliau bercakap mengenai wanita yang dianggap biadab.

Sementara itu, terdapat satu perarakan aman menuju ke Dewan Bandaraya bandar Kanada dan seterusnya ke bangunan konsulat Amerika Syarikat  di bawah pengawasan pihak polis dimana anggaran seramai 10 ribu hingga 13 ribu orang.

TINGGALKAN PESANAN