Presiden Filipina Melanjutkan operasi perangi dadah

149
drug war philippines

Presiden Filipina Rodrigo Duterte melanjutkan operasi membanteras dadah sehingga penggalnya sebagai presiden tamat pada 2022.

Pada 2016, sebanyak 6000 operasi telah dijalankan oleh pihak polis dan berjaya merampas 51 juta dolar US nilai dadah.

Duterte berkata beliau berhasrat untuk “membersihkan” pasukan polis, selepas beberapa skandal pegawai tersebar kerana melakukan pembunuhan, pemerasan dan rompakan dengan menggunakan operasi memerangi dadah sebagai alasan.

Duterte berkata hampir 40% anggota polis terbabit dalam aktiviti haram.

Beliau berkata demikian selepas 7 bulan menjadi presiden dan menugaskan polis sebagai barisan hadapan dalam rancangannya menghapuskan perdagangan haram dadah.

Sejak itu, polis dilaporkan menembak mati lebih 2,500 orang yang dituduh menjadi suspek berkaitan dadah, mendakwa pihak polis terpaksa berbalas tembakan bagi mempertahankan diri.

Kumpulan hak asasi manusia dan waris mangsa mendakwa polis sering menembak mati individu tanpa alasan, dan meletakkan dadah serta senjata dengan peluru di tepi mayat.

Hampir 4,000 orang mati dalam keadaan yang sukar dijelaskan dalam tindakan keras terhadap kempen perangi dadah itu, menurut pihak berkuasa ramai antara mangsa dilabelkan sebagai pengedar dadah atau penagih.

Duterte memenangi pilihan raya presiden dengan kempen berikrar untuk membersihkan filipina dari gejala dadah dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

Beliau berjanji 100,000 orang akan dibunuh dan banyak mayat akan dibuang ke Manila Bay supaya ikan boleh memakannya.

Sebaik saja menjadi presiden, Duterte melanjutkan tempoh memerangi dadah sehingga Mac tahun ini, tetapi hari ini beliau berkata tidak akan berhenti membanteras dadah selagi beliau berkuasa.

“Saya akan melanjutkannya sehingga hari terakhir saya berkhidmat,” katanya.

Di Filipina, presiden dibenarkan berkhidmat untuk 1 penggal saja iaitu 6 tahun.

TINGGALKAN PESANAN