Tuesday, November 20, 2018

PM Haiti letak jawatan

19

LAFONTANT

PORT-AU-PRINCE – HAITI. Perdana Menteri Haiti, Jack Guy Lafontant meletak jawatan semalam, berikutan keganasan yang meletus di negara itu ekoran cadangan untuk menaikkan harga minyak.

Lafontant sebelum ini berdepan usul undi tidak percaya jika enggan berundur dari jawatannya.

Minggu lalu, kerajaan di negara Caribbean yang miskin itu memaklumkan rancangan kenaikan harga minyak melibatkan petrol, diesel dan minyak tanah.

Pengumuman yang dianggap drastik itu mencetuskan protes besar-besaran di ibu kota Port-au-Prince.

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan susulan itu, kerajaan memutuskan untuk membatalkan kenaikan tersebut sebelum keganasan merebak ke bandar-bandar lain. – AFP

TINGGALKAN PESANAN