Tuesday, December 11, 2018
Laman Utama Berita Lokal Pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana

Pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana

25

EKONOMI Malaysia dijangka terus menyederhana dalam separuh kedua tahun ini berikutan eksport yang perlahan, dasar monetari ketat di ekonomi-ekonomi utama serta peningkatan ketegangan perdagangan.

RHB Research Institute Sdn Bhd berkata, pertumbuhan bagi separuh kedua tahun ini dijangka pada kadar yang perlahan 5.1 peratus tahun ke tahun daripada unjuran 5.3 peratus dalam separuh pertama.

“Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia pada 5.2 peratus bagi 2018, susut daripada +5.9 peratus pada 2017, tetapi kami mengunjurkan risiko pertumbuhan perlahan bagi 2019 pada lima peratus,” kata firma penyelidikan itu dalam laporan Economic Outlook.

Petanda eksport perlahan itu adalah sejajar dengan pertumbuhan global, di mana eksport sebenar Malaysia diunjurkan susut kepada 5.1 peratus tahun ke tahun pada separuh kedua 2018 daripada 5.5 peratus dalam separuh pertama.

“Bagaimanapun, permintaan domestik dijangka berkembang kukuh bagi tempoh berbaki 2018.

“Ini dipacu oleh peningkatan dalam perbelanjaan pengguna dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu,” kata RHB Research.

TINGGALKAN PESANAN