Pengertian Forex – Cikgu Ridzuan Rahman

639

Belajar Forex ni sama macam kita belajar menunggang basikal masa kita kecik2 dulu. Mula2 basikal kita tu ada 2 roda sokongan, jadi x akan terbalik kalau jadi mcm mana pun. Time tu kita belajaq kayuh pelan2….sampai kita dah pandai kayuh dan pandai kawal handle barulah kita buang roda sokongan tu sebelah, yg sebelah lagi masih ada. Time tu kita akan jatuh beberapa kali sebab x pandai nak kawal imbangan lagi. Bila dah boleh kawal imbangan baru la sebelah lagi roda sokongan di buang.

Bila dah x ada roda sokongan ni, kita akan jatuh lagi beberapa kali sebelum kita cekap. Tapi walau dah cekap sikit, mak ayah kita x bagi kita naik basikal kat jalan lagi, masih dok kayuh kat kawasan rumah saja. Sebab apa mak ayah x bagi naik kat jalan? Sebab kat Jalan byk kenderaan lain…..tp lama kelamaan kita akan lagi cekap dan dpt kepercayaan org tua kita, jadi bolehlah kita naik basikal tu jauh dr rumah.

Bila besaq sikit kita mula nak naik motor pulak, ermmmmm….lebih kurang sama dgn basikal, 2 roda gak cuma lain dr segi pengendalian….x jadi mslh sgt sebab kita dah ok nak imbang badan.

Bila dah dewasa, nak belajaq bawa kereta pulak. Lain pulak kan, ada 4 tayar jadi x risau nak terbalik tp byk pula nak kena buat.

Tangan nak kena jaga stereng, sebelah lagi nak jaga gear. Kaki pula nak tekan minyak dan standby utk tekan break. Sebelah lagi nak tekan clutch tp nak kena ada koordinasi antara cluth dgn minyak dan juga gear kat tangan, stereng pun nak kena jaga……

Mata nak kena fokus kat jalan, tp masa mula belajaq keta tu nak tukar gear nak kena tgk kat gear juga kan….huhu..byk juga nak kena kawal. Rasa janggal dan kekok.
Bila dah jalan tu, dua2 tangan dok kat stereng, mata fokus kat jalan…badan tegak mcm kayu time tu…fokus fokus fokus…….hehehe….

Kat Jalanraya pulak kena tgk pula kenderaan lain, motor la, keta la, lori la dan mcm2 lagi. Ada plak traffic light. Kuning stanby utk berhenti, merah wajib berhenti dan hijau jalan. Kita ikut undang2 tu semua. Time tu pulak kita dok belajaq nak amik lesen jadi WAJIB ikut semua rule yg ada.

Bila dah PASS dan dpt lesen, kita bawa kereta mcm biasa, tp kita makin cekap. Koordinasi kaki, tangan, mata dan semuanya berjalan lancar. X perlu tgk gear bila nak tukar gear, x perlu guna dua tangan dah nak pusing stereng. Boleh dikatakan semuanya jadi secara sendiri, kenapa? sebab kita buat benda yg sama tiap hari, jadi kita makin cekap.

Di jalanraya pulak kita ikut semua undang2, lampu merah kita berhenti sebab kita tau kalau langgar mungkin akan accident.

Nak drive jauh2 pun x ada masalah sebab dah cekap dgn kereta, cuma jalan saja kita mungkin x tau tp ada SIGNBOARD utk bantu kita sampai ke destinasi yg kita nak tuju. Lambat atau cepat InsyaAllah akan sampai juga.

Jadi apa kaitan dgn forex pula? heheheh…gunalah kaedah yg sama. Belajar dan terus belajar, InsyaAllah bila dah cekap sama keadaan mcm kita bawa kereta bila dah cekap, semua koordinasi sendiri. Minda kita akan koordinate semuanya, semua kerana kita PRAKTIS PRAKTIS PRAKTIS. Bukan kita terus pandai. Mcm belajar naik basikal tu, kita akan jatuh beberapa kali sebelum cekap, tp kalau masa tu terus p dok belajaq kat Jalanraya, x pasai2 kereta/lori langgar kita lps kita jatuh tu. Mati terus….

Jadi kunci kejayaan kita terletak kpd Praktis dan Disiplin kita. Tp praktis dgn cara selamat, JANGAN BELAJAR MENUNGGANG BASIKAL DI JALANRAYA YG SIBUK SEBALIKNYA BELAJARLAH DI HALAMAN RUMAH YG LEBIH SELAMAT.

Forex bukan satu bidang utk kita cepat kaya, tp kalau cepat KAYAP mmg confirmed dah. Tumpukan kpd pembelajaran.

Bila ditanya “kenapa kita trade”. Jawapannya standard, ” nak buat duit”. Jadi minda fokus kpd “Making Money” tp kita lupa kepada “Bagaimana” nak buat duit dgn forex.

Jadi seharusnya kita ubah minda kita kepada “Bagaimana” barulah kita akan fokus kepada pembelajaran, praktis dan mendisiplinkan diri. InsyaAllah, duit akan datang sendiri bila kita dah ada skill, dah mahir……sememangnya semua ni memerlukan masa, bukan semalaman kita boleh cekap. Jadi, berilah masa secukupnya utk diri kita belajar.

Semoga 2013 membawa sinar baru kepada kita semua dan kejayaan yg lebih drp 2012.

“Ya Allah permudahkan segala urusan kami sekiranya ia baik bg kami dunia dan akhirat.”

8.30am @ 29/12/2012
e1