Penangguhan loan selama 6 bulan secara automatik

385

Berdasarkan Sumber The Edge Market, pihak Bank Negara telah memberi notifikasi kepada pihak pihak kewangan/bank untuk memberi penangguhan pinjaman kepada peniaga besar dan kecil dan juga individu.

Penangguhan ini bersandarkan situasi semasa kerana penularan virus Covid 19 yang telah menjejaskan perjalanan syarikat dan juga individu di Malaysia.

Untuk penangguhan ini, loan sedia ada perlu lah tidak dalam keadaan tertunggak melebihi 90 hari dan penangguhan automatik selama 6 bulan ini akan bermula pada 1 April 2020.

Penangguhan ini termasuk lah pinjaman rumah, kereta, personal loan kecuali kredit kad.

Pihak Bank Negara juga telah memberi tahu kepada pihak kewangan/bank untuk membantu pelanggan yang mungkin menghadapi masalah untuk membuat bayaran selepas tempoh 6 bulan itu.

Pihak The Edge telah berhubung dengan Bank Negara untuk mendapatkan penjelasan lanjut.