Pelan Donald Trump dalam 200 hari sebagai Presiden Amerika

235

Hari 1: NAFTA Reform

Pada hari pertama, Trump akan bermula dengan mengarahkan Commerce Department and International Trade commision untuk membuat kajian menyeluruh serta efek yang akan berlaku jika Amerika menarik diri dan apakah tindakan undang undang yang boleh diguna pakai jika Amerika ingin meneruskan keputusan tersebut.

Beliau juga akan mengarahkan Wakil Perdagangan AS memberitahu Mexico dan Kanada bahawa Amerika berhasrat untuk mencadangkan beberapa pindaan kepada perjanjian itu, yang melibatkan angkah-langkah mengatasi manipulasi mata wang, kayu kayan, piawaian alam sekitar dan dan aspek keselamatan.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto (L) dan Donald telah bertemu pada 31 Ogos, 2016.Dan, Trump telah berjanji untuk memperbaharui perjanjian perdagangan NAFTA dengan Mexico dan Kanada.

Draf memorandum presiden pada akhir dokumen yang boleh digunakan untuk menjalankan kajian semula mengenai NAFTA menyatakan laporan itu perlu fokus pada “efek efek yang ada jika perubahan polisi dilakukan yang melibatkan pekerja kelas pertengahan, pembuatan dan sektor perkhidmatan, dan pelaburan luar di Amerika Syarikat. ”

Hari 100: Target China

Menjelang hari ke 100, rancangan di memo tersebut, Trump akan meneruskan perbincangan mengenai NAFTA, akan terus menekan dan menyiasat jika China boleh dilabelkan sebagai manipulator matawang termasuk melalui perbincangan mengenai perdagangan dua hala. Beliau juga akan membawa komuniti intelektual untuk menyertai bidang perdagangan

Hari 200: Pertimbangan untuk menarik diri sepenuhnya

Menjelang hari ke 200, Trump akan mempertimbangkan secara rasmi untuk menarik diri daripada NAFTA dan meneruskan perjanjian perdagangan dua hala. Dalam memo tersebut juga, ada di nyatakan pihak Congress telah memberikan hak President Trade Promotion Authority untuk membolehkan presiden membuat keputusan dan mudah mendapat sokongan dari Congress.

Memo itu turut menyatakan kaveat, termasuk mengambil kira adanya kesan negatif jika Amerika menarik diri daripada NAFTA.
Namun, dokumen itu juga menyatakan kesan tersebut dapat dikurangkan jika Amerika Syarikat memilih untuk meneruskan perjanjian perdagangan dua hala dengan Kanada dan Mexico.

TINGGALKAN PESANAN