Pelabur berhati-hati, ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

176

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali pound Britain.

Sentimen pelabur juga berhati-hati menjelang fasa pertama pengenaan tarif Amerika Syarikat ke atas import China bernilai AS$34 bilion berkuat kuasa hari

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, memandangkan pelabur kekal berhati-hati walaupun mata wang negara maju itu mengalami penurunan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0450 ketika ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata dolar AS kembali susut daripada aliran meningkat dengan mata wang euro mencatatkan pengukuhan memandangkan Eropah terus mencatatkan data lebih baik berbanding jangkaan sekali gus menjadi faktor bagi potensi pergerakan menaik euro.

Sentimen pelabur juga berhati-hati menjelang fasa pertama pengenaan tarif Amerika Syarikat ke atas import China bernilai AS$34 bilion yang berkuat kuasa hari ini, katanya.

Di peringkat tempatan, Ketua Dagangan di Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, pasaran bon Malaysia dilihat kembali meningkat daripada prestasi rendah apabila Sekuriti Kerajaan Malaysia bertempoh 30 tahun merekodkan langganan yang baik.

“Bagi mata wang tempatan, tawaran menampung nisbah pada terbitan jangka panjang adalah sangat menggalakkan memandangkan tempoh lanjutan itu lazimnya domain pelabur wang sebenar.

“Diharapkan pasaran tempatan mendapatkan semula sedikit keyakinan yang boleh mendorong aliran luar pesisir yang diperlukan kembali memasuki pasaran minggu depan, namun ia terlebih dahulu perlu mengatasi fasa pertama pengenaan tarif oleh AS (ke atas import China),” katanya.

Unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali pound Britain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/9660 daripada 2.9611/9645 dan susut berbanding yen kepada 3.6516/6553 daripada 3.6504/6547 pada Khamis.

Nota tempatan susut berbanding euro kepada 4.7251/7298 daripada 4.7223/7286 namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3415/3463 daripada 5.3527/3600 semalam.

TINGGALKAN PESANAN