Nilai ringgit masih dalam keadaan merudum

206

Bank bank luar negara serba salah dengan polisi Bank Negara Malaysia berkaitan dagangan ringgit.

Bank bank luar negara sedang memikirkan cara bagaimana untuk menurut permintaan Bank Negara Malaysia berkenaan halangan meniagakan Ringgit di pasaran luar negara, langkah yang banyak pihak nampak seperti kawalan secara terus ke atas nilai ringgit.

Sementara itu, nilai ringgit masih dalam keadaan merudum dengan rekod terkini 4.4100 berbanding dolar Amerika.

“Nampak seperti ada situasi tidak menyenangkan di antara bank bank yang beroperasi di Malaysia dengan pihak Bank Negara Malaysia sekarang” kata salah seorang pegawai bank luar negara yang beroperasi di Malaysia.

Kebiasaannya para pelabur menggunakan medium NDF di pasaran Singapura dan Hong Kong untuk penukaran ringgit malaysia ke US dollar kerana ingin mengelakkan sekatan sekatan yang ada di pasaran tempatan.

Berdasarkan survey dari Bank of International Settlements, Singapura dan Hong Kong berada di tempat ketiga dan keempat dengan nilai tukaran 517 billion usd dan 437 bilion USD dalam perdagangan jual beli harian.

Beberapa bank luar negara berkata mereka diberitahu bahawa pelaburan mereka tidak boleh di keluarkan dari Malaysia jika mereka tidak bersetuju dengan syarat supaya menghentikan jual beli ringgit atau produk berkaitan di pasaran luar negara.

Salah seorang pengurus perdagangan mata wang di Hong Kong yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan situasi ini membuatkan mereka berada dalam keadaan serba salah.
Jika tidak mengikut arahan Bank Negara, duit pelaburan mereka hanya akan tersimpan di Malaysia sahaja.

Bank Negara Malaysia telah meminta pihak perbankan untuk menyediakan pelan lengkap jika mereka mahu menjalankan aktiviti jual beli ringgit dalam pasaran temnpatan dan mendapatkan bantuan dari institusi kewangan Malaysia untuk memenuhi segala keperluan jual beli tersebut.

Amaran juga diberikan kepada mereka yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan Malaysia mengikut peraturan FEA(Foreign Exchange Administration) ,dan pastinya tindakan tegas boleh dikenakan , memetik kata Penolong Gabenor Adnan Zaylani

Syarikat syarikat luar negara merupakan pemilik kepada 40% nilai bond dalam pasaran Malaysia, dan ianya merupakan salah satu pemilikan terbesar di Asia.

September lepas, pelabur luar negara melepaskan pegangan sebanyak RM 8.4 billion bond yang di jamin oleh kerajaan berikutan krisis yang PM Najib hadapi.

Namun, bulan lepas , ada kemasukan sebanyak RM 2.39 billion pelaburan ke atas bon kerajaan dan simpanan luar negara Malaysia meningkat kepada 97.8 billion USD pada akhir bulan.

Berita disunting dari reuters

TINGGALKAN PESANAN