Neteller

160

Anda trader forex? Asal usul Neteller ini mungkin anda ingin tahu.

Berdasarkan pertanyaan dari rakan rakan trader , jadi kami bawakan info mengenai Neteller, khas untuk anda.

Selain menggunakan khidmat local depositor(LD)@IB untuk local depo dan wdraw, terdapat juga trader yang menggunakan e-currencies sebagai medium deposit/withdrawal.

Ini kerana selain inginkan proses yang mungkin lebih pantas, terdapat juga trader yang melakukan trading di broker forex yang tidak membenarkan penggunaan orang tengah bagi proses deposit dan withdrawal ini. Jadi penggunaan e- currencies seperti Neteller, Skrill, Perfect Money, OKPAY dan lain lain menjadi pilihan para trader.

Sebelum Neteller ni dikenali sebagai medium popular untuk deposit dan withdrawal oleh broker broker forex seluruh dunia, Liberty Reserve atau lebih mesra disebut sebagai LR adalah medium yang lebih dulu menjadi pilihan para trader. Bab LR ni akan dikupas pada tajuk berlainan.

Neteller ni ditubuhkan pada tahun 1999 dan dimiliki oleh Paysafe Group(dahulunya dikenali sebagai Optimal Payment). Kini, pengguna Neteller meliputi lebih daripada 200 negara yang melibatkan pelbagai jenis transaksi kewangan online. Bidang perjudian online menjadi faktor utama perniagaan Neteller.

Neteller juga telah mendapat lesen dari FCA dari UK untuk proses transaksi e-currencies. Ini bermakna mereka serius dalam menjalankan perniagaan.

Antara pesaing Neteller dalam bidang e-currencies ni ialah Skrill, dahulunya dikenali sebagai Moneybookers dan pada 2014, Paysafe Group ni beli company yang menguruskan Skrill dengan harga 1.1 billion Euro. Nampak gaya langkah Neteller semakin jauh dalam dagangan e-currencies.

Baru baru ini, terdapat isu dikalangan rakan trader Malaysia, dimana kad debit Neteller tidak lagi boleh digunakan pada tarikh 25 November 2016, ini merupakan berita yang kurang menyenangkan berikutan ada rakan rakan trader yang telah selesa menggunakan kad debit tersebut untuk membuat pengeluaran wang di mana mana ATM bank Malaysia.

Sungguhpun begitu penggunaan Neteller dan segala urusan kekal lancar dimana USD yang ada di dalam akaun Neteller masih boleh dijual beli antara sesama pengguna dan juga melalui exchanger.

Paysafe Group mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 7.4 juta dolar US pada tahun 2015 dan juga disenaraikan dalam London Stock Exchange.

Untuk tutorial mudah buka akaun Neteller boleh klik link di bawah.
https://goo.gl/OZ0JZP

KONGSI BERSAMA
Artikel sebelumnyaDaftar HotBit disini
10 tahun dalam industri.

TINGGALKAN PESANAN