Najib, Trump setuju perkukuh hubungan Malaysia-AS

264
Najib, Trump setuju perkukuh hubungan Malaysia-AS

Najib berkata beliau berbual dengan Trump menerusi telefon awal hari ini dan perbualan antara kedua-duanya amat mesra dan produktif.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau dan bakal presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J. Trump bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara itu.

Dalam catatan menerusi laman Facebook, Najib berkata beliau berbual dengan Trump menerusi telefon awal hari ini dan perbualan antara kedua-dua mereka adalah amat mesra dan produktif.

“Antara lain, perbualan kami menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di AS dan Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangan beliau dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan AS-Malaysia,” kata Najib dan menambah ia merupakan “peluang terbaik” dapat menghubungi Trump selepas kemenangan besarnya.

Trump, 70, calon Parti Republikan menewaskan lawannya daripada Parti Demokrat Hillary Clinton dalam pemilihan presiden awal bulan ini untuk menjadi presiden AS ke-45.

Berita FMT News

TINGGALKAN PESANAN