MT5 – Lebih hebat dari MT4?

1789
metaquotes mt5

MetaTrader5(MT5), jom kenali platform yang dijangkakan akan menjadi pilihan utama para trader untuk bertrading kelak.

MetaTrader5 ini dilancarkan pada 2010 sebagai pengganti Metatrader4 yang telah wujud sejak 2005. Namun, populariti MT4 tidak berjaya di atasi oleh MT5 setekat ini, terutama sekali apabila ramai pihak berasa selesa dengan semua kemudahan yang ada di MT4 dan juga adanya program Mql4 yang disediakan untuk mengekod program bagi menentukan cara trading berjaya menghasilkan banyak indicator, dan Robot EA yang menepati kehendak para trader.

Ketika ini, boleh nampak para trader masih selesa menggunakan MT4, namun, dengan langkah langkah yang sedang dibuat oleh pihak MetaQuotes yang  ingin memberi penumpuan penuh kepada pembangunan MT5, ianya pasti membuatkan para trader akan mula menggunakan MT5 sebagai platform utama untuk bertrading pada masa hadapan.

metatrader5 platform

Antara kelebihan yang terdapat di platform MT5 ialah:
Penambahan timeframes

  • 2Minute
  • 3Minute
  • 4Minute
  • 6Minute
  • 12Minute
  • 20Minute
  • 2Hour
  • 3Hour
  • 6Hour
  • 8Hour
  • 12Hour

2 tambahan Pending Order

  • Buy Stop Limit
  • Sell Stop Limit

2 jenis pending order ini memberikan lebih kawalan kepada trader, sebagai contoh jika trader set Buy Stop Limit, trader perlu memasukkan paras price berapa harga tertinggi yang mereka jangkakan dan juga perlu memasukkan paras buy limit yang akan ditrigger ketika pair tersebut membuat retracement.

Penambahan Indicator untuk membantu analisa

  • Adaptive Moving Average
  • Double Exponential Moving Average
  • Fractal Adaptive Moving Average
  • Triple Exponential Moving Average
  • Variable Index Dynamic Average
  • Average True Range
  • Chaikin Oscillator
  • Triple Exponential Average

Tambahan Objek yang boleh dimasukkan ke dalam chart

  • Arrowed Line
  • Regression Channel
  • Elliott Wave Theory
  • Construction of Waves
  • Buy Sign
  • Sell Sign
  • Arrow

Serta banyak lagi fungsi tambahan telah di sediakan pada platform MT5 dan ianya tidak boleh di dapati di platform MT4.

Anda juga boleh berchatting dengan trader lain menggunakan platform MT5 tersebut

Dengan penambahan penambahan ini serta komitmen berterusan dari pihak MetaQuotes bagi memberikan khidmat terbaik kepada broker forex, institusi kewangan dan komuniti trader itu sendiri, langkah MT5 untuk menjadi lebih hebat dari MT4 nampaknya sudah bermula.

TINGGALKAN PESANAN