Mirror Trade: Deutsche Bank di denda 628.5 juta dolar US oleh FCA dan DFS

517
deutsche-bank.jpg

Transaksi melibatkan 10 bilion dolar US menjadi asas kes kepada denda yang dikenakan terhadap Deutsche Bank itu. Deutsche Bank digunakan oleh pelanggan yang tidak dapat dikenalpasti untuk transkasi pengeluaran wang dari Russia ke Cyprus, Estonia dan Latvia dan menampakkan berlakunya penyelewengan kewangan. 

Penyelewengan ini dipanggil Mirror trade Rusia, dimana pelanggan akan membeli stok dalam nilai ruble di Deutsche Bank Moscow manakala klien lain yang berkaitan atau klien sama akan menjual stok sama di cawangan bank berkenaan di London. Pertukaran nilai ruble ke dolar US ini tanpa tujuan jelas berkaitan ekonomi menampakkan penyelewengan termasuk kemungkinan penggubahan wang haram berlaku.

Mark Steward dari FCA menggesa syarikat kewangan lain supaya menjadikan kes ini sebagai contoh dan memastikan syarat AML yang ditetapkan syarikat masing masing diikuti untuk mengelakkan mereka terdedah kepada siasatan dan didenda.

Maria T Vullo dari DFS menyatakan kes ini berlaku walaupun pihak kewangan tahu bahawa mereka tertakluk kepada syarat kewangan bagi mengelakkan penggubahan wang haram atau tujuan pembiayaan kepada pihak pengganas dan denda yang dikenakan menunjukkan pihak DFS tidak akan bertoleransi dengan tindakan tersebut.

Selain membayar denda, pihak Deutsche Bank juga di kehendaki untuk mengambil pihak luar bagi tujuan mengawasi dan menilai semula tindakan dalam syarikat bagi mengelakkan lagi kes sama berulang. Kes yang melibatkan Bank terbesar German ini merupakan kes terbaru mereka apabila sebelum ini , pihak US pada 2 minggu lepas telah selesai menjalankan siasatan dan mengenakan denda sebanyak 7.2 billion dolar US berkenaan penglibatan mereka dalam krisis kewangan 2008.

TINGGALKAN PESANAN