Mesyuarat OPEC mengenai mengawal pengeluaran minyak

201
Oil prices going down

Mesyuarat OPEC dan negara negara bukan dalam gabungan bagi mengawal pengeluaran minyak

Sumber Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memberitahu Reuters bahawa Malaysia dan 8 negara lain akan bermesyuarat dengan OPEC,dalam mencari kesepakatan untuk mengurangkan bekalan minyak berlebihan di pasaran.

Mesyuarat akan diadakan di Vienna, Austria, hari ini.

OPEC berharap Malaysia, Azerbaijan, Kazakhstan, Oman, Mexico, Rusia, Sudan, Sudan Selatan dan Bahrain akan mengurangkan 600,000 tong minyak sehari, selepas ahli gabungan OPEC pada minggu lepas bersetuju untuk menyekat pengeluaran 1.2 juta tong sehari.

Sumber industri memberitahu Reuters bahawa Arab Saudi akan mengurangkan bekalan minyak mulai Januari, walaupun Rusia beri isyarat negara pengeluar minyak bukan dalam gabungan OPEC belum tentu boleh komited kepada rancangan itu. Buat masa ini, Rusia dan Oman sahaja yang berikrar akan mengurangkan pengeluaran minyak, selain Mexico yang berkemungkinan besar mengikut langkah Russia dan Oman.

Kazakhstan bagaimanapun mahu menginjak pengeluaran pada 2017 selepas pelancaran projek Kashagan yang tertangguh sekian lama.

Rusia dijangka menanggung separuh daripada pengurangan minyak daripada kumpulan negara bukan OPEC, kata sumber Moscow kepada Reuters. Rusia berpandangan negara bukan OPEC perlu lebih bertanggungjawab kerana penyertaan mereka 100% penting untuk kejayaan menstabilkan kembali harga minyak.itu.

#forexmalaysiaonline #beritaluarnegara #komoditi #OPEC

TINGGALKAN PESANAN