Memo bocor berkaitan Brexit

144

Whitehall bergelut untuk menghadapi skala kerja yang terhasil oleh undi Brexit dan tiadanya strategi sepakat di kalangan menteri-menteri kabinet, menurut satu laporan bersandarkan memo yang bocor dari cabinet office

Memo itu menyatakan bahawa jabatan yang terlibat sedang merangka 500 projek-projek yang berkaitan akan proses meninggalkan EU dan mungkin perlu menggajikan 30,000 penjawat awam untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Ia telah mengenal pasti kecenderungan Theresa May untuk “membuat keputusan bersendirian” sebagai satu strategi yang tidak akan berkesan, dan memberi penekanan bahawa adanya ketidak sefahaman antara tiga menteri Brexit – Liam Fox, Boris Johnson dan David Davis – dan canselor, Philip Hammond, dan rakan nya Greg Clark, business secretary.

Memo tersebut yang dibocorkan kepada Times dan bertarikh 7 November, juga mendakwa bahawa “tidak ada strategi sepakat ” berkaitan Brexit antara jabatan walaupun adanya lanjutan perbahasan antara setiausaha tetap yang mengetuai jabatan-jabatan Whitehall.

Di samping itu, ia berkata peserta industri besar telah dijangka “memberi desakan hebat” untuk mendapatkan apa yang mereka mahu selepas pengeluar kereta Nissan diberikan jaminan bahawa ia tidak akan mengalami kerugian daripada pelaburan di Britain selepas Brexit.

Difahamkan memo itu ditulis oleh perunding di firma perkhidmatan profesional Deloitte. Sumber kerajaan berkata ia adalah “tidak di minta oleh kerajaan” dan kandungannya tidak diiktiraf.

Chris Grayling, setiausaha pengangkutan yang ada dalam jawatankuasa kabinet Brexit kerajaan, berkata, dia tidak tahu dari mana laporan itu datang dan menafikan ia di sahkan oleh menteri.

Ditanya jika kerajaan bercadang untuk mengupah 30,000 penjawat awam untuk mengatasi situasi sukar yang akan wujud sepanjang perbincangan, Grayling berkata: “Saya tidak pernah melihat apa-apa yang menunjukkan bahawa ianya perlu. Kami mempunyai orang dalam jabatan saya [dan] di jabatan-jabatan lain yang bekerja bagi menangani situasi Brexit itu. Saya tidak tahu apa keperluan untuk 30,000 pekerja tambahan.”

Jurucakap kerajaan juga menafikan kewujudan memo rasmi tersebut, dan menyatakan memo tersebut di rangka oleh pihak bukan dari kerajaan. Jurucakap itu berkata: “Ini bukan laporan rasmi kerajaan dan kami tidak mengiktiraf intipati yang ada di dalamnya. Kami memberi tumpuan penuh untuk memastikan situasi dan hasil baik yang boleh dicapai berkaitan dengan Brexit.”

Memo itu menjadi antara kes kes terbaru maklumat bocor kerajaan yang menunjukkan perbezaan pendapat di kalangan tokoh-tokoh kanan kerajaan mengenai bagaimana presiden May harus menangani kes situasi Brexit.

Perdana Menteri telah berjanji untuk memulakan proses meninggalkan EU pada akhir Mac tahun depan tetapi enggan mendedahkan butiran pendekatan beliau, dikala menyatakan mesti ada rangka kerja jitu untuk membolehkan kawalan imigresen serta mengekalkan akses kepada pasaran tunggal .

Pemimpin Liberal Demokrat, Tim Farron, di dalam nota yang bocor tersebut menyatakan menunjukkan “keadaan yang kucar kacir di dalam kerajaan” berkaitan hala tuju Brexit. “Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri untuk mengelak dari menerima pandangan tidak tepat oleh kabinet yang bertelagah,” kata beliau.

“Jika tidak, kerajaan beliau menuju ke arah membuat keputusan silap dan salah: keputusan melulu, akan menyebabkan kemusnahan brexit dan pastinya memberi impak tidak terkira kepada sektor ekonomi dan pekerjaan British.”

TINGGALKAN PESANAN