McCormack dilantik TPM Australia

225

PARTI kecil dalam kerajaan campuran Australia melantik bekas editor akhbar, Michael McCormack sebagai Timbalan Perdana Menteri Australia yang baru.

Beliau mengambil alih jawatan itu susulan skandal seks memalukan yang mengancam pakatan konservatif itu.

McCormack dipilih menerusi undian dalaman parti menggantikan Barnaby Joyce sebagai pemimpin Parti Nasional.

Joyce yang berkempen mengenai nilai kekeluargaan, meletak jawatan susulan hubungan sulit dengan bekas setiausaha akhbarnya.

Joyce menantikan kelahiran anak dengan bekas anggota stafnya itu yang meruntuhkan perkahwinannya selama 24 tahun.

TINGGALKAN PESANAN