Macquarie dan ANZ akui terlibat dalam spekulasi Ringgit Malaysia

275
Macquarie dan ANZ akui terlibat dalam spekulasi Ringgit Malaysia

Bank Pelaburan no.1 di Australia Mazquarie Group Ltd dan Institusi pinjaman korporat terkemuka, Australia & New Zealand Banking Group berkata, mereka sedia membayar denda bernilai 11.12 juta USD di atas kesalahan tindakan manipulasi tersebut yang dilakukan di Singapura.

Kenyataan daripada dua pihak bank tersebut setelah kes mahkamah berjalan bagi menentukan hukuman atas kesalahan yang dilakukan pada 2011 kerana memanipulasi nilai Ringgit.

Pengerusi ACCC, Rod Sims menyatakan para trader dari Macquarie, ANZ dan beberapa bank lain menggunakan medium perhubungan peribadi dalam talian berkenaan untuk berbincang menentukan paras tinggi rendah harga Ringgit Malaysia ketika menghantar laporan kepada Association bank of Singapura..

Pihak ANZ mengaku kepada 10 kesalahan tersebut yang dilakukan oleh 3 orang pekerja dan kesemua mereka sudah berhenti dari Bank tersebut.

Pihak ANZ berkata, biarpun tiada bukti yang menunjukkan perbuatan tersebut berjaya mempengaruhi penetapan kadar FX di Singapura, pihak ANZ tetap sedia bertanggungjawab dan meminta maaf atas kesalahan bekas pekerja mereka.

Pekerja pekerja yang terlibat itu sudah diberhentikan kerja pada 2012 dan ianya melibatkan 3 orang pekerja berpangkat biasa dan tiada pekerja bahagian pengurusan atau lain lain jabatan yang menyedari berkenaan salah laku tersebut.

Biarpun keduia bank tersebut sedia membayar denda, pihak ACCC menyatakan bahawa mahkamah akan menentukan jenis denda bersesuaian yang akan dikenakan.

TINGGALKAN PESANAN