Monday, September 16, 2019
Laman Utama Berita Lokal Kumpulan Alibaba lancar Minggu Malaysia

Kumpulan Alibaba lancar Minggu Malaysia

130

Inisiatif Minggu Malaysia menawarkan pelbagai peluang eDagang.

HANGZHOU – Kumpulan Alibaba melancarkan kempen ‘Minggu Malaysia’ hari ini, suatu kejayaan eDagang antara Malaysia dan China menerusi inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

Kempen itu yang berakhir pada 12 Julai bertujuan menarik pengguna China untuk membeli produk Malaysia menerusi pasaran dalam talian, yang merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Alibaba kepada Malaysia, hab elektronik pertama Platform Perdagangan Dunia (eWTP) di luar China.

Ketua Pegawai Operasi Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng berkata, inisiatif Minggu Malaysia itu menawarkan pelbagai peluang eDagang.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, Minggu Malaysia akan mempamerkan lebih 100 jenama Malaysia dan lebih 800 produk yang bukan sahaja untuk pasaran China, bahkan ke pasaran global.

“Industri eDagang Malaysia, PKS dan industri pelancongan dijangka meraih manfaat daripada Minggu Malaysia ini.

“Hari ini, kami mempunyai lebih daripada 3,000 PKS menyertai DFTZ dalam pelbagai kategori produk seperti makanan dan minuman, kecantikan dan penjagaan diri, perabot serta sektor kesihatan dan perubatan,” kata Wan Peng.

Beliau berkata, kempen itu juga bertujuan untuk menarik lebih 60,000 pelancong ke Malaysia untuk merasai pengalaman mengenai kepelbagaian negara dari segi budaya, makanan dan tarikan pelancong.

Sementara itu, Pengurus Besar Alibaba.com, Kuo Zhang berkata, sebagai platform perkhidmatan sehenti terbesar perniagaan kepada perniagaan (B2B), Alibaba.com membantu membawa syarikat kecil dan sederhana Malaysia (PKS) ke pentas global dan memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

“Ia juga menyediakan latihan bagi memastikan Malaysia mempunyai bakat e-dagang tempatan untuk membangunkan ekonomi digital negara.

“Sebagai komponen utama inisiatif eWTP, kami akan terus berusaha untuk mengurangkan halangan perdagangan kepada PKS di Malaysia dan melepasinya,” kata Kuo. – Bernama

MELALUIBernama
KONGSI BERSAMA
Artikel sebelumnyaSedia RM2 bilion untuk pacu PKS
Artikel seterusnyaTeknik forex
10 tahun dalam industri.

TINGGALKAN PESANAN