Tuesday, November 20, 2018
Laman Utama Berita Lokal Jun bulan terbaik 2018 bagi Proton

Jun bulan terbaik 2018 bagi Proton

25

PROTON mengakhiri separuh tahun pertama 2018 dengan mencatatkan jumlah jualan yang kukuh bagi bulan Jun.

Jualan kereta meningkat 50 peratus berbanding Mei lalu dengan sebanyak 6,173 kereta Proton dijual kepada rakyat Malaysia yang telah mengambil kesempatan daripada tawaran GST berkadar sifar serta promosi Duit Raya yang ditawarkan oleh Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, pegangan pasaran hampir 10 peratus dengan Saga dan Persona yang mendahului jualan.

“Seiring dengan kenaikan jualan ini, jumlah pegangan pasaran turut meningkat di mana Proton berjaya memperoleh lebih kurang 10 peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi Jun berbanding 9.5 peratus pada sebelum ini.

“Sama seperti bulan-bulan sebelum ini, Saga dan Persona terus mendahului jualan dengan jumlah pendaftaran hampir 3,000 unit dijual. Pembeli tertarik dengan kelebihan yang ada pada sedan kompak keluarga Proton ini kerana ia yang paling mampu milik, keluasan dan pengendaliannya serta promosi harga Saga terbaik dalam jangka masa 10 tahun dengan tawaran harga di bawah RM30,000.

“Selain itu, kualiti produk yang telah ditambah baik semua kereta Proton juga merupakan faktor penyumbang kerana pelaksanaan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) telah menunjukkan pengurangan yang ketara bagi mata demerit pengeluaran,” katanya.

Tambahnya, Jun bulan terbaik dalam tahun 2018 bagi penjualan Proton, yang mana membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih terus tertarik dengan kereta-kereta Proton dan ini merupakan hasil daripada pelbagai ciri yang telah direka bentuk untuk setiap model.

“Pelbagai promosi menarik yang kami tawarkan, dengan GST yang berkadar sifar dan peningkatan keseluruhan kualiti kereta kami juga membantu meningkatkan jualan, di mana kami harap dapat dikekalkan sehingga ke akhir tahun 2018,” katanya.

MELALUISinar Harian
KONGSI BERSAMA
Artikel sebelumnyaPM Haiti letak jawatan
Artikel seterusnyaBulan Kesihatan Kredit
Forex Malaysia adalah platform penerbitan sosial menyediakan berita global dan tempatan mengenai forex dan ekonomi global

TINGGALKAN PESANAN