John McAfee kenal siapa Satoshi Nakamoto

875

Ok guys,

Cerita ni menarik, kisahnya bermula bila John McAfee selalu dapat email dari orang kebanyakan yang mengaku mereka adalah pencipta Bitcoin iaitu Satoshi Nakamoto dan juga dari pengakuan Craigh Wright yang bersungguh sungguh mengaku sebagai Satoshi.

Bagi yang tidak kenal siapa itu John McAfees, beliau merupakan pemilik syarikat anvirus terkenal dan juga adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang cyber sekuriti.

Permulaan isu ini juga bermula apabila Craig Wright yang aktif dalam dunia krypto telah membuat pengakuan bahawa beliau adalah Satoshi sebenar dan akan mengambil tindakan saman terhadap mana mana pihak yang memburukkan atau menggunakan nama Satoshi Nakamoto untuk apa jua aktiviti.

John McAfee menggelar Craigh Wright sebagai seorang penipu dan tidak tahu malu kerana pengakuan tersebut. John juga menggesa Satoshi sebenar memunculkan diri supaya isu isu yang ada akan terlerai, malah John juga menyatakan akan memberitahu kepada umum siapa Satoshi jika Satoshi sebenar tidak mahu muncul.

Apabila ditanya pada John McAfee, beliau menyatakan Satoshi Nakamoto masih memegang 1 juta bitcoin yang nilainya berbilion sekarang.

Untuk info, John McAfee juga menjangkakan nilai Bitcoin akan meningkat ke 1juta Usd menjelang akhir 2020.

Sekian berita, andai ada maklumat lanjut dalam masa terdekat, kami akan update ya.

TINGGALKAN PESANAN