Jangkaan MYR pada kadar 4.7 atau 4.8 pada Jun 2017

384
Jangkaan MYR pada Jun 2018

Penurunan nilai ringgit sudah dijangka namun kesan tekanan oleh para peniaga semakin bertambah apabila permintaan semakin berkurang manakala pengilang juga menghadapi kesukaran dari segi  import kerana kemorosotan nilai ringgit meyeba.

 Menambahkan tekanan apabila levi tahunan dikenakan kepada kepada majikan bagi setiap warga asing berjumlah antara RM 650 hingga RM 1850, sebelum ini, levi tahunan ditolak dari gaji pekerja warga asing. Bagi sektor pembinaan yang sedang membangunkan pelbagai projek projek, ini merupakan satu keadaan tidak dijangka dan ianya melibatkan kos tambahan yang tidak termasuk dalam perancangan apabila projek dimulakan.

Pengalanisa matawang menyatakan nilai Ringgit akan menunjukkan kadar lebih baik  jika ia dibenarkan untuk di niagakan pada pasaran luar negara. Nilai ringgit juga tidak menunjukkan impak besar dengan kenaikan harga minyak.

Ketika kemelesetan ekonomi Asia pada tahun 1997-98, nilai ringgit mencecah 4.88 sebelum campurtangan kerajaan Malaysia untuk mengikat nilai ringgit pada kadar 3.80.

Pengarah Urusan Macquarie Group khusus dalam bidang kadar pasaran matawang , Nizam Idris menjangkakan nilai ringgit akan mencecah 4.70-4.80 menjelang pertengahan tahun, ini disebabkan penetapan syarat oleh pihak kewangan Malaysia yang membuatkan para pelabur luar negara menarik keluar pelaburan mereka dan secara tidak langsung  rizab antarabangsa semakin menurun dan seterusnya menambah tekanan ke atas nilai ringgit.

Dengan pengawalan dan syarat dari Bank Negara berkenaan dagangan ringgit di pasaran luar negara bulan lepas, para pelabur yang aktif terlibat dalam dagangan ringgit telah mengubah haluan dalam meneruskan pelaburan mereka. 

Nizam Idris juga menyatakan strategi yang beliau terpaksa gunakan sekarang ialah melihat harga pasaran secara harian dan akan melabur dalam matawang dolar US ketika berlakunya penurunan dan mengharapkan keuntungan dari kenaikan nilai dolar US tersebut.

TINGGALKAN PESANAN