IronFX mendapat kemenangan awal selepas trader dari China tarik balik tuntutan saman

246

 

Photo: Finance Magnates
Gempar beberapa tahun sebelum ini di mana pihak broker IronFX telah disaman oleh ramai trader dari China yang merasakan mereka teraniaya.

 

Masalah di China

Pihak IronFX mengalami masalah dengan klien dari China sejak akhir 2014.Mereka menerima sejumlah komplain yang menyatakan para trader tidak boleh mengeluarkan wang mereka. Awal tahun ini, pihak penyiaran dari China telah menyiarkan status laporan berkaitan hal ini

 Repot analisis kes IronFX.

Dalam laporan tersebut, jelas menyatakan, IronFX telah menjalankan operasi tanpa lesen yang di sahkan, dan ini di nafikan oleh pihak IronFX. Dalam laporan tersebut juga, dinyatakn sebahagian IB tidak mendapat komisyen mereka, pihak trader tidak dapat menutup order yang mencatatkan keuntungan serta duit deposit klien tidak di hantar ke bank Eropah, sebaliknya hanya disimpan di China.

Respon kepada laporan tersebut, dan atas usaha pihak IronFX untuk melancarkan IPO, mereka telah mengupah firma perunding cara untuk memantau dan menjalankan siasatan ke atas tuduhan yang dibuat. Hasil dari siasatan pihak yang diupah oleh Iron FX, kesemua komplen adalah tidak munasabah dan tiada wang deposit sah yang dihalang untuk pengeluaran

Biarpun tersebar ke seluruh dunia, semua komplen mempunyai kesamaan iaitu klien tidak boleh membuat pengeluaran. Dianggarkan dari komplen tersebut, jumlah pembayaran yang tidak dilunaskan ialah sebanyak 176 Juta USD, namun dari saman  tuntutan yang dikemukakan, jumlahnya hanya setakat 300 ribu USD.

Pihak Cysec menyatakan bahawa IronFX mempunyai alasan kukuh untuk menghalang pengeluaran wang disebabkan terma penggunaan bonus secara keterlaluan oleh trader. Syarat yang ditetapkan oleh pihak IronFX ini telah secara jelas membantu pihak IronFX untuk menafikan pengeluaran keuntungan dari akaun yang melibatkan penggunaan bonus.

Biarpun dengan berita terbaru ini, dijangkakan usaha untuk membersihkan nama IronFX dimedia sosial masih memerlukan masa yang panjang berdasarkan komplen yang kekal beterusan apabila nama Iron FX disebut.

Sumber:Finance Magnates

TINGGALKAN PESANAN