Info Coin

62

AWAS SCAM COIN!

Disebabkan crypto (bitcoin) dah semakin popular, kini, kita boleh lihat berbagai-bagai jenis coin baru mula wujud. Ada yang “legit” tidak scam, dengan menawarkan teknologi serta fungsi blockchain yang lebih baik. Untuk kegunaan manusia.

Nak invest/melabur dalam sesuatu coin bukanya mudah, banyak “research” yang perlu dibuat antaranya:

1. Teknologi yg ditawarkan (baca whitepaper).
2. Team.
3. Progress.
4. Roadmap.
5. Jumlah supply.
6. Pergerakan market (marketcap) kecuali coin yg masih dalam fasa ICO.
7. Review dari developer lain serta investor lain melalui bitcointalk.org(selalunya coin akan ada thread nya sendiri di bitcointalk).
8. Community.
9. etc
10. etc

Akhir-akhir ini kita boleh melihat kewjudan scam coin yang tumbuh bagaikan cendawan. Seperti moonspace, kazukicoin, dan lain-lain di Malaysia.

Sebab apa? Sebab teknologi blockchain serta crypto ini memang susah nak faham serta complex, jadi para scammer ni lagi mudah untuk menipu orang dengan bermodalkan term-term seperti “bitcoin”, “blockchain” atau “crypto” dah boleh tarik pelabur baru. Siap boleh masuk TV lagi yang tak tahan tu. Tukang interview dalam TV tu pun komform tak faham apa-apa.

JANGAN!

Apa yang perlu anda buat bila tiba-tiba ada orang menawarkan anda coin pelik untuk dilabur?

1. Buka coinmarketcap.com dan type nama coin. Ada ke tak ada? Kalau tak ada angap sahaja itu adalah coin sampah! Abaikan terus!
Kecuali jika coin itu masih didalam fasa (ICO) (belum didaftarkan di mana-mana exchange).

Apa itu ICO rujuk: https://www.facebook.com/groups/1957122657878900/permalink/1990943787830120/

Tetapi selalunya coin sampah ni dah lepas fasa ICO dah pun, tetapi sampai sekarang masih belum disenaraikan di market (coinmarketcap).

Kalau coin itu ada pula di senaraikan di coinmarketcap.com, pastikan atleast marketcap dia melebihi $10 – $20 juta dan keatas. Serta disenaraikan di exchange yang dikenali. Bukan exchange merapu-rapu. Senarai exchange beserta rangking: https://coinmarketcap.com/exchanges/volume/24-hour/

2. Buka Bitcointalk.org dan search nama coin tersebut. Wujud tak dalam forum tu. Kalau tak ada abaikan terus coin tersebut. Kalau ada, tengok thread dia ada berapa pages? Baca komen-komen serta review dari developer & investor lain sama ada ia adalah coin yang bagus (dari segi teknologi yang ditawarkan), atau ia hanyalah sekadar coin sampah, scam, or orang putih panggil “shitcoin”.

Setakat ni saya dah try search coin Kazucoin, Moonspace, Pitiscoin, di coinmarkecap. Result dia = hampeh. Tak wujud langsung.
Itu menujukan market dia tak wujud & tak bergerak langsung.

TOLONG SHARE & SEBARKAN KEPADA ORANG RAMAI, SEBELUM LEBIH RAMAI YANG KENA TIPU!

Join group https://www.facebook.com/groups/1957122657878900/ untuk belajar pasal crypto & blockchain secara percuma.

TINGGALKAN PESANAN