Iain Rogers tinggalkan Pepperstone UK dan sertai broker GMI UK

345

 

 

Iain Rogers yang merupakan Managing Director(Pengarah Urusan) Pepperstone UK telah meletakkan jawatan dan akan menggalas jawatan Chief Operating Officer di sebuah broker dengan lesen FCA iaitu  GMI UK. Untuk rekod beliau telah menyertai Pepperstone pada setahun setengah yang lalu  dan ditugaskan untuk menjaga Pepperstone UK, ianya  selepas beliau meletakkan jawatan sebagai CEO daripada broker Admiral Markets UK yang telah di jawatnya selama 2 tahun.

Broker GMI yang di terajui oleh Ashraf Ebid menunjukkan perkembangan ketara sejak 18 bulan yang lalu dimana mereka telah melantik ramai individu penting dalam arena forex untuk menyertai mereka. Ini termasuklah Richard Bartlett bekas Head of Sales dari PrimeXM, sales executives dari FXCM iaitu Chris Hossain-Nelson dan Aaron Brown, serta bekas CFO dari Exness iaitu John Taylor. Untuk divisyen Jepun, pihak GMI juga telah melantik Koji Miura bekas Eksekutif DMM-FX sebagai pengarah untuk pasaran disana .

Di khabarkan juga bahawa CEO Pepperstone, Tamas Szabo dalam proses mencari pengganti Iain Rogers untuk mengisi kekosongan di Pepperstone UK. Untuk rekod, Pepperstone telah mencatat keuntungan berjumlah 184 juta USD (Kiraan fiscal tahunan pada  30 Jun 2018) peningkatan sebanyak 54% berbanding tahun 2017

.

 

TINGGALKAN PESANAN