Hospital swasta milik Singapura bernilai RM 5 billion akan dibina di Johor

242
Hospital swasta milik Singapura bernilai RM 5 billion akan dibina di Johor

Berdasarkan sumber dari freemalaysiatoday, satu organisasi kesihatan swasta Singapura sedang dalam proses membangunkan sebuah Hospital besar  bagi rakyat Singapura. Rakyat Singapura boleh mendapatkan rawatan di hospital besar bernilai RM5 bilion itu yang akan dibina  di Johor.

Menurut laporan Straits Times (ST), Thomson Medical berharap hospital terbabit dapat menarik warga Singapura mendapatkan rawatan di kemudahan itu yang hanya terletak anggaran jarak 5 minit dari Tambak Johor, tambahan pula purata harga ubat di Malaysia sekitar 30% lebih murah daripada harga ubat di Singapura..

Projek ini merangkumi sebuah hospital komuniti, sekolah untuk bakal doktor dan jururawat dari Singapura dengan kemudahan penyelidikan, pusat pakar dan penginapan untuk warga tua.

Menurut laporan ST, ia bukan perkara baharu buat rakyat Singapura memandangkan mereka sudah mula merentas sempadan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan susulan di Hospital Gleneagles Medini yang memiliki 300 katil dan diuruskan oleh Parkway Health.

Dengan keluasan 11 hektar, saiz kemudahan baharu itu adalah satu suku daripada Hospital Besar Singapura di kampus Outram seluas 43 hektar.

ST melaporkan projek itu dianggarkan akan menelan belanja RM5 bilion dengan kos permbinaan hospital komuniti dan pusat pakar sahaja akan mencecah sekitar RM1.3 bilion.

Sebuah kedai barangan farmasi sudah beroperasi di tapak terbabit sejak 10 Disember lalu.

Pembinaan hospital utama yang mampu memuatkan sehingga 500 katil itu dijangka bermula tahun depan dan boleh memulakan operasi menjelang 2020, manakala keseluruhan projek termasuk sekolah perubatan dan kediaman warga emas dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun selepas itu.

Pengerusi Thomson, Roy Quek dipetik ST berharap kemudahan itu dapat mengurangkan kesesakan di hospital Singapura sekarang, selain meningkatkan jumlah doktor dan jururawat yang biasa dengan landskap penjagaan kesihatan tempatan bagi memudahkan warga Singapura mendapatkan rawatan.

Bekas timbalan setiausaha dasar kesihatan di Kementerian Kesihatan Singapura itu berkata, projek itu tidak dilaksanakan di Singapura kerana tanah yang terhad.

TINGGALKAN PESANAN